Wednesday, October 28, 2009

TIME



Sila jawab soalan di atas




Friday, October 23, 2009

SESUATU YANG KITA TAK PERNAH TERFIKIR

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan andadipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga

p/s : Kirim jika kamu anggap aku temanmu..selamanya.. dan tak perlu bersusah kirimkan andai aku bukan temanmu..tetapi aku tetap menganggapmu sebagai temanku..

Kirim ke semua temanmu.. Lihat brapa banyak teman yang sayang kamu!!!!!!!!!!!!!!!

Resepi Kek Masam Manis

Bahan-bahannya:

10 biji telur ayam (ambil kuning dan putih)
10 aun mentega
10 aun gula kasar/ halus
3 cawan tepung biskut ( biskut manis diblend sampai hancur)
1 tin susu pekat cap junjung (kecil)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
pewarna hijau dan kuning

Cara membuatnya:

1. Kacau mentega dan susu. Pukul telur dan gula hingga kembang, campurkan kedua-duanya.

2. Masukkan tepung biskut, tepung gandum dan kacau rata.

3. Masukkan esen vanila, baking powder dan bahagikan kepada 2 bahagian (kuning dan hijau)

4. Kukus selapis-selapis di selang-seli dengan susunan asam manis.



SELAMAT MENCUBA

SAYANG IBU, MAK, UMMI, MAMA

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
DAN akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......





Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.